Ahli kumpulan pengarang

Sabtu, 2 Jun 2012

SEJARAH KERAJAAN ISLAM ZAMAN BANI ABASSIYAH





PETA KERAJAAN BANI ABASIYAH  (750-1258M)



 
                                SALASILAH KETURUNAN KERAJAAN BANI ABASIYAH




                                                                               
                                            






                                                 PENGASAS KERAJAAN BANI ABASIYAH

  • Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah tahun 104 Hijrah.

  •  Dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim yang bergerak mara dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh Ibrahim bin Muhammad yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri.

  • Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani Umaiyah,saangat suka berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.


  • Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjalinkan tindakan-tindakan keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum Bani Umaiyah.



  • Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti itu juga dijalankan terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana dicuriga memindahkan pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum Syiah.





    PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH




                            
IRAQ (BAGHDAD) PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYA                 ( 740- 1258 M) 




SALAH SATU MASJID PENINGGALAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH YANG TERLETAK DI KUFA, IRAQ








KESAN PENINGGALAN KOTA KHURASAN (AFGHANISTAN) ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN ABASIYAH, KOTA INI DIKENALI SEBAGAI "NASTHIFAN"




PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH DI HUMAIMAH, SYRIA





      KESAN PENINGGALAN ISTANA ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH YANG DIKENALI SEBAGAI       "AL-BANAT" TERLETAK DI BAGDAD

                                 

  •   Pusat pemerintahan kerajaan bani abasiyah pada permulaannya        terpecah kepada tiga bahagian iaitu kufah di iraq, humaimah di syria, dan akhir skali baghdad di, iraq

  •  Ketiga-tiga pusat ini memainkan peranan penting dalam kejayaan bani Abasiyah menjatuhkan kerajaan bani Umayyah

  •   Di Kufah, ia diketuai oleh abu abbas al-saffah, beliau memimpin golongan mawali iaitu orang islam yang bukan berketurunan arab (parsi, barbar, turki) untuk melakukan pemberontakan terhadap khalifah bani umayyah. 

  • Semasa pemerintahan khalifah kedua bani abasiyah " iaitu ABU JAAFAR AL-MANSYUR" pusat pemerintahan kerajaan Bani Abasiyah berpindah dari Kufah, Iraq ke Humaimah, Syria.

  • Kemudian, Khalifah JAAFAR AL-MANSYUR, memindahkan skali lagi pusat pemerintahan dari Humaimah, syria ke kota Baghdad, Iraq.
                             
            CORAK PEMERINTAHAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH



  • Mengekalkan pemerintahan bercorak khalifah yang diwarisi oleh satu keturunan sahaja iaitu dari keturunan Abu Abbas-as saffah pengasas kerajaan bani Abasiyah
                             

             KRONOLOGOI KERAJAAN ABASIYAH (750-1258M)


Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah


    SENARAI KHALIFAH KERAJAAN ABASIYAH DI BAGHDAD 750-1258M

Khalifah Abbasiyyah Baghdad



            SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM ZAMAN BANI ABASIYAH


  • Mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 9 masihi. Sewaktu pemerintahan khalifah HARUN AL-RASHID dan anaknya yang bernama AL-MAKMUM ( 786-833M).
  • Pada masa tersebut, kegiatan ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui kegiatan penulisan dan penterjemahan.
  • Kota baghdad telah muncul sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual islam hasil kajian daripada karya-karya Yunani, Rom, Parsi, dan Tamadun indus.
  • Pelbagai tokoh dalam bidang ilmu pengetahuan dalam bidang PENULISAN dan PENTERJEMAHAN telah muncul.
  • Dalam bidang penulisan dilakukan mengikut tiga cara: 
1) Mencatat segala percakapan dan idea
2) Mengumpul idea yang serupa dan dibukukan
3) Mengarang dan menterjemahkan buku

  • Pada masa ini sebuah intitusi ilmu pengetahuan yang dikenali sebagai BAITUL-HIKMAH telah dibina dibaghdad

  • Intitusi tersebut menjadi pusat pengumpulan ilmu pengetahuna para cendekiawan islam dari bidang agama. sejarah, dan ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan, matematik, dan sains.


                                                                   
* Arca gambar khalifah HARUN AL-RASHID yang ditemui di Baghdad. Zaman pemerintahan  
                          beliau dikenali sebagai " GOLDEN AGE OF ISLAM"

                                                                       
* Tinggalan runtuhan BAITUL-HIKMAH yang pernah menjadi tumpuan para cendekiawan zaman  
                                               pemerintahan kerajaan bani ABASIYAH*

                                                                            
 * contoh Manuskrip yang ditulis pada zaman abasiyah yang mengandungi istilah-istilah saintifik yang diterjemahkan dari bahasa yunani ke bahasa arab


* Contoh cara pengajaran bidang perubatan pada zaman bani abasiyah di Baitul-hikmah.



TOKOH-TOKOH ILMUAN ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH


* AL-FARABI TOKOH DALAM BIDANG METAFIZIK
                                                ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH.
                                                                                   

                                                                                   
      * AL-KHAWARIZMI TOKOH DALAM BIDANG MATEMATIK DAN ILMU FALAK. BELIAU ADALAH PENGSASAS TEORI  algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.


                                                                            
                * IBN KHALDUN TOKOH DALAM BIDANG SOSIOLOGI DAN SEJARAH  




                                ZAMAN KERUNTUHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH


  • Bermula semasa pemerintahan khalifah yang ke 9 iaitu al-wasith tahun 840M. Beliau gagal melakukan perubahan dalam pentadbiran yang terus dikuasai oleh orang Turki.

  • Khalifah abasiyah terus dikuasai oleh orang turki dan parsi, mereka yang berbangsa arab semakin dipinggirkan

  • Menjelang kurun ke 9 juga berlaku perpecahan dalam kerajaan bani abasiyah. perpecahan ini adalah akibat dari timbulnya pelbagai fahaman dalam islam seperti syiah, muktazilah, yang gagal dikawal oleh khalifah abasiyah.

  • Kesannya beberapa wilayah kekuasaan bani abasiyah telah memisahkan pentadbiran mereka dari kekuasaan khalifah. ini berlaku kerana mereka tidak mahu tunduk kepada khalifah abasiyah yang terlalu mengikut telunjuk orang parsi dan turki.

  • Kemuncak kejatuhan kerajaan bani abasiyah adalah pada tahun 1258m, semasa dibawah pemerintahan khalifah al-mu" tasim. Pada masa ini seorang menteri yang bernama umaiyuddin muhammad al-qami telah berlaku khianat. dan akhirnya tentera monggol dibawah pimpinan Hulaghu khan berjaya memusnahkan bagdad.
                                                                            
             * KEJATUHAN KOTA BAGDAD DITANGAN TENTERA MONGGOL YANG DILAKUKAN                   
               SEMULA DALAM CERITA " THE FALL OF BAGHDAD 1258M




                                                                           






Tiada ulasan: