PETA KERAJAAN BANI ABASIYAH (750-1258M)
SALASILAH KETURUNAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
PENGASAS KERAJAAN BANI ABASIYAH
- Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah tahun 104 Hijrah.
- Dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim yang bergerak mara dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh Ibrahim bin Muhammad yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri.
- Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani Umaiyah,saangat suka berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.
- Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjalinkan tindakan-tindakan keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum Bani Umaiyah.
- Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti itu juga dijalankan terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana dicuriga memindahkan pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum Syiah.
PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
IRAQ (BAGHDAD) PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYA ( 740- 1258 M)
SALAH SATU MASJID PENINGGALAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH YANG TERLETAK DI KUFA, IRAQ
KESAN PENINGGALAN KOTA KHURASAN (AFGHANISTAN) ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN ABASIYAH, KOTA INI DIKENALI SEBAGAI "NASTHIFAN"
PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH DI HUMAIMAH, SYRIA
KESAN PENINGGALAN ISTANA ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH YANG DIKENALI SEBAGAI "AL-BANAT" TERLETAK DI BAGDAD |
- Pusat pemerintahan kerajaan bani abasiyah pada permulaannya terpecah kepada tiga bahagian iaitu kufah di iraq, humaimah di syria, dan akhir skali baghdad di, iraq
- Ketiga-tiga pusat ini memainkan peranan penting dalam kejayaan bani Abasiyah menjatuhkan kerajaan bani Umayyah
- Di Kufah, ia diketuai oleh abu abbas al-saffah, beliau memimpin golongan mawali iaitu orang islam yang bukan berketurunan arab (parsi, barbar, turki) untuk melakukan pemberontakan terhadap khalifah bani umayyah.
- Semasa pemerintahan khalifah kedua bani abasiyah " iaitu ABU JAAFAR AL-MANSYUR" pusat pemerintahan kerajaan Bani Abasiyah berpindah dari Kufah, Iraq ke Humaimah, Syria.
- Kemudian, Khalifah JAAFAR AL-MANSYUR, memindahkan skali lagi pusat pemerintahan dari Humaimah, syria ke kota Baghdad, Iraq.
CORAK PEMERINTAHAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
- Mengekalkan pemerintahan bercorak khalifah yang diwarisi oleh satu keturunan sahaja iaitu dari keturunan Abu Abbas-as saffah pengasas kerajaan bani Abasiyah
KRONOLOGOI KERAJAAN ABASIYAH (750-1258M)
Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah
- 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
- 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
- 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
- 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
- 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
- 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
- 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
- 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
- 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
- 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
- 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
- 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
- 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
- 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
- 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
- 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
- 1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
- 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
- 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
- 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
- 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
SENARAI KHALIFAH KERAJAAN ABASIYAH DI BAGHDAD 750-1258M
Khalifah Abbasiyyah Baghdad
- Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754
- Al-Mansur 754 - 775
- Al-Mahdi 775 - 785
- Al-Hadi 785 - 786
- Harun al-Rashid 786 - 809
- Al-Amin 809 - 813
- Al-Ma'mun 813 - 833
- Al-Mu'tasim 833 - 842
- Al-Wathiq 842 - 847
- Al-Mutawakkil 847 - 861
- Al-Muntasir 861 - 862
- Al-Musta'in 862 - 866
- Al-Mu'tazz 866 - 869
- Al-Muhtadi 869 - 870
- Al-Mu'tamid 870 - 892
- Al-Mu'tadid 892 - 902
- Al-Muktafi 902 - 908
- Al-Muqtadir 908 - 932
- Al-Qahir 932 - 934
- Ar-Radi 934 - 940
- Al-Muttaqi 940 - 944
- Al-Mustakfi 944 - 946
- Al-Muti 946 - 974
- At-Ta'i 974 - 991
- Al-Qadir 991 - 1031
- Al-Qa'im 1031 - 1075
- Al-Muqtadi 1075 - 1094
- Al-Mustazhir 1094 - 1118
- Al-Mustarshid 1118 - 1135
- Ar-Rashid 1135 - 1136
- Al-Muqtafi 1136 - 1160
- Al-Mustanjid 1160 - 1170
- Al-Mustadi 1170 - 1180
- An-Nasir 1180 - 1225
- Az-Zahir 1225 - 1226
- Al-Mustansir 1226 - 1242
- Al-Musta'sim 1242 - 1258
SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM ZAMAN BANI ABASIYAH
- Mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 9 masihi. Sewaktu pemerintahan khalifah HARUN AL-RASHID dan anaknya yang bernama AL-MAKMUM ( 786-833M).
- Pada masa tersebut, kegiatan ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui kegiatan penulisan dan penterjemahan.
- Kota baghdad telah muncul sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual islam hasil kajian daripada karya-karya Yunani, Rom, Parsi, dan Tamadun indus.
- Pelbagai tokoh dalam bidang ilmu pengetahuan dalam bidang PENULISAN dan PENTERJEMAHAN telah muncul.
- Dalam bidang penulisan dilakukan mengikut tiga cara:
1) Mencatat segala percakapan dan idea
2) Mengumpul idea yang serupa dan dibukukan
3) Mengarang dan menterjemahkan buku
- Pada masa ini sebuah intitusi ilmu pengetahuan yang dikenali sebagai BAITUL-HIKMAH telah dibina dibaghdad
- Intitusi tersebut menjadi pusat pengumpulan ilmu pengetahuna para cendekiawan islam dari bidang agama. sejarah, dan ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan, matematik, dan sains.
* Arca gambar khalifah HARUN AL-RASHID yang ditemui di Baghdad. Zaman pemerintahan
beliau dikenali sebagai " GOLDEN AGE OF ISLAM"
* Tinggalan runtuhan BAITUL-HIKMAH yang pernah menjadi tumpuan para cendekiawan zaman
pemerintahan kerajaan bani ABASIYAH*
* contoh Manuskrip yang ditulis pada zaman abasiyah yang mengandungi istilah-istilah saintifik yang diterjemahkan dari bahasa yunani ke bahasa arab
* Contoh cara pengajaran bidang perubatan pada zaman bani abasiyah di Baitul-hikmah.
TOKOH-TOKOH ILMUAN ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH
* AL-FARABI TOKOH DALAM BIDANG METAFIZIK
ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH.
* AL-KHAWARIZMI TOKOH DALAM BIDANG MATEMATIK DAN ILMU FALAK. BELIAU ADALAH PENGSASAS TEORI algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.
* IBN KHALDUN TOKOH DALAM BIDANG SOSIOLOGI DAN SEJARAH
ZAMAN KERUNTUHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
- Bermula semasa pemerintahan khalifah yang ke 9 iaitu al-wasith tahun 840M. Beliau gagal melakukan perubahan dalam pentadbiran yang terus dikuasai oleh orang Turki.
- Khalifah abasiyah terus dikuasai oleh orang turki dan parsi, mereka yang berbangsa arab semakin dipinggirkan
- Menjelang kurun ke 9 juga berlaku perpecahan dalam kerajaan bani abasiyah. perpecahan ini adalah akibat dari timbulnya pelbagai fahaman dalam islam seperti syiah, muktazilah, yang gagal dikawal oleh khalifah abasiyah.
- Kesannya beberapa wilayah kekuasaan bani abasiyah telah memisahkan pentadbiran mereka dari kekuasaan khalifah. ini berlaku kerana mereka tidak mahu tunduk kepada khalifah abasiyah yang terlalu mengikut telunjuk orang parsi dan turki.
- Kemuncak kejatuhan kerajaan bani abasiyah adalah pada tahun 1258m, semasa dibawah pemerintahan khalifah al-mu" tasim. Pada masa ini seorang menteri yang bernama umaiyuddin muhammad al-qami telah berlaku khianat. dan akhirnya tentera monggol dibawah pimpinan Hulaghu khan berjaya memusnahkan bagdad.
* KEJATUHAN KOTA BAGDAD DITANGAN TENTERA MONGGOL YANG DILAKUKAN
SEMULA DALAM CERITA " THE FALL OF BAGHDAD 1258M